Alkisah ade sorang mamat ni blk kg raya jadi dia pon blk dan janji dengan semua kawan dia nk beli ole-ole..pada masa dia kembali ke sini kawan dia tu cuti...nk dijadikan cerita pada detik pagi kawan dia menerima panggilan dari si mamat ni untuk meminta ole2 yg dibelinya diberikan kepada kekasih hati...maka tatkala itu juga menitik air mata si kawan tersebut...hati si kawan itu telah kecewa dan remuk rendam...pada saat itu si kawan itu sangat2 sakit hati dan tidak mampu untuk mencerna perasaan hatinya...maka si kawan tersebut telah memblok dan menyekat kesemua sosial medianya dari si mamat itu...rasa sakit itu sangat mendalam sehingga telah banyak kali menitiskan air mata ketika mengenangkan perbuataan mamat tersebut...walaupon mamat tersebut telah menghubungi mengatakan bahawa dia telah terbeli lebih maka ada lg ole2 tersebut...namun rasa sakit itu tidak mampu untuk diubati...sehingga rasa menyampah dan benci mula timbul....rasa ingin melupakan dan tidak ingin melihat wajah mamat itu lagi...namun mungkin hatinya si kawan yg lembut dan ingin memaafkan telah cuba untuk mengikhlaskan dirinya untuk redha...dan tatkala ketika si mamat dan si kawan berjumpa...entah mengapa tidak ada rasa apa lagi yg tinggal...rasa biasa saja.....tetapi si kawan merasakan bahawa si mamat perlu tahu keadaan ini supaya si mamat sedar dan jangan mengulangi kesilapan yg sama...jangan biarkan orang lain merasakan apa yang dirasakan oleh si kawan ini...kerana pedihnya tidak mampu dirasai oleh orang lain kecuali dirinya...moga ia berguna pada masa hadapan...