Friday, 24 November 2017

Putus cinta ke aku nieee???

Aku pon x tau apa yg aku rasa...
Aku dgn dia kwn jerrr...
X de hubungan lebih...
Just borak2, sembang merapu jerrr...
Tp biasa la org duk suka gosip aku dan dia...
Mungkin kot ada feeling sikit...
Tp kecewakah aku ini...
Dlm sembang2 tetiba dia ceta psl sorang gadis nie...
Aku pon encourage la dia try la klo suka...
Siap dia minta nasihat lg cmne bk tackle gadis yg slow ni...
Memang2 la aku x tau kan...
Nak kata aku kecewa bila dia tanya...
Mungkin la ada sikit...
Sbb tu aku tulis status tue..
Tp x sangka semua org ingat aku kecewa yg amat sangat...
Lg2 aku dikatakan tgh emosi sekarang dan diorang push aku untuk berjuang...
Jangan putus asa...
Tetapi aku pon pelik dgn diri aku...
Kenapa nk berjuang??
Dia dh suka org lain kan...
Lepaskanlah...
Lgpn kt kawan kan...
Tp kejadian ni buat aku akward nk tegur dia...
Km x bertegur sapa dah..
Lgpn klo org yg dia suka tau akan jadi x syok la...
X nak la dia melepas dan nakkan dia bahagia...
Sbb sblm ni dia pernah kecewa...
Jadi harap dia bahagia...
Lgpn aku sayang dia macam kawan jerrr...
X de feeling lebih pon...
Cuma bila kena gosip tue yg tergugat hati sikit...
Entah la...
Aku pon x pasti dgn hati sendiri...

Thursday, 10 August 2017

Disebabkan sesuatu

Jangan sebab orang kata kita kurang ajar
Jadi kita pon nak jadi kurang ajar
Mmg kata2 itu satu doa tapi
Jangan jadikan itu satu alasan untuk kita buat apa yg orang kata
Sepatutnya bila orang bagi nasihat
Kita terima dan selidik dulu
Betul ke perangai kita mcm tu
Kalau nasihat tu betul
Cubala untuk berubah
Jangan kerana itu kita bermusuh dgn orang
Sampai bila kita nak jadikan benda itu sebagai dendam
Ikhlaskan hati kita untuk terima baik buruk diri kita dan orang...
Jangan menilai sesuatu dari pandangan mata kita
Nilaikan sesuatu dari pandangan yang berbeza...
Manusia ini pelbagai ragam dan perangai...
Maka sentiasa cuba untuk bertolak ansur antara satu sama lain...

Sunday, 6 August 2017

Takut

Kadangkala aku takut...
Apabila melihat dia
Di usia muda harus mengalami cubaan dan dugaan ini...
Aku takut dia tidak dapat membezakan yang buruk dan baik...
Aku takut dia akan mulai sesat dan terpengaruh dgn kata2 org lain
Aku takut sikap dia yg ingin cepat belajar dan ambil tahu akan memberi masalah kepadanya...
Aku takut dengan sikapnya yg selalu menyampuk dan bercakap sesuka hati akan memakan diri...
Aku takut untuk menasihati dan memarahi kerana aku risau dia hanyut lebih jauh...
Aku takut dia mudah terpedaya dan senang percaya pada orang...
Aku takut dengan sikapnya...
Aku risau aku tidak mampu untuk berkata2...
Dan hanya mampu melihat sahaja...
Apakah tindakan yang harus aku lakukan...
Kerana kadangkala aku takut dengan sikapnya...
Sikapnya yg mula memberontak dan berkata2 yg tidak elok...
Mengeluarkan perkataan yg tidak sepatutnya...
Aku takut sgt....

Friday, 4 August 2017

Mulut dan kata2

Kadang2 kita selalu berkata2
Tanpa sedar ada hati yg terluka
Kadang2 kita selalu inginkan perhatian
Sampai kita terlupa akn kata2 kita membawa ke pergaduhan
Kadang2 kita terlampau mesra dan baik
Sampai kita terlupa batas2 dan had semasa berkawan
Kadang2 kita hanya mahu meluahkan perasaan
Namun ianya disalah ertikan...
Kadang2 kita hanya ingin tempat bermanja
Sampai kita tersedar tiada yang sayang akan kita...
Kadang2 kita usik mengusik dan bergurau senda
Sampai kita terlupa ada orang yang tidak suka...
Hati orang kita tak tahu,
Hati sendiri pon kita tak faham...
Itulah manusia...
Banyak salah faham dan tindakan yang boleh merosakkan nilai persahabatan...
Adat hidup tidak akan terlepas dengan cabaran...

Wednesday, 2 August 2017

Penat

Saya hanya manusia biasa...
Tidak mampu untuk menyokong sesiapa...
Anda punya fikiran sendiri...
Fikirlah baik buruknya...
Apa yang berlaku biarkan berlalu..
Jangan difikirkan dan membuat andaian yang pelbagai..
Lelah dan penat menghadapi kerenah dunia ini..
Tidak mampu untuk bertahan...
Pasti akan rebah di persimpangan...

Sunday, 9 July 2017

Kasih sayang

Alkisah satu cerita tentang seorang gadis belasan tahu hidup di kota raya bekerja sebagai jurujual....gadis ini sangat muda lurus dan budak2....dia sangat sayang akan keluarganya...dugaan mula datang tatkala opahnya sakit dan mak langnya jatuh...kedua2 dimasukkan ke dalam wad...jam 8.30 malam telefonnya mula berdering dan khabar buruk itu diberitahu oleh ibu bapanya...maka menitis la air mata dan menangis kesedihan...muncul pula seorang mamat bertanya keadaannya dan menawarkan diri untuk menolong...namun begitu kakak gadis itu menyuruh menolak pelawaan tersebut kerana kurang percaya akan mamat tersebut...akan tetapi kakak gadis tersebut telah menyemak semua tiket bas dan kereta api yg kosong yg ada pada malam itu..namun semuanya hampa...tiket keretapi paling awal pada jam 7 pagi...oleh itu si gadis merasakan keperluan untuk dia balik maka dia bersetuju dengan tawaran mamat itu dengan membayar minyak dan tol sebanyak rm150...namun demikian si mamat tiba2 menolak tawaran itu ats alasan maknya tidak memberi keizinan....betapa kecewanya si gadis tersebut...oleh itu dia telah nekad untuk meminta bantuan sang jejaka yang merupakan abg kepada abgnya...si kakak gadis tersebut merasa percaya dan menelefon abgnya memberitahu hal yang terjadi dan menitipkan adknya untuk jagaan jejaka itu...Dengan segera sang jejaka sampai untk menghantar si gadis ini pulang ke rumahnya..

Darurat

Pernah x korang fikirkan apa yg akan korang lakukan jika sesuatu berlaku kepada orang yang korang sayang. Apakah tindakan yang dilakukan...adakah korang mampu untuk berfikiran rasional ketika ini...adakah korang mampu untuk membuat keputusan dengan betul..adakah korang akan memikirkan pandangan dan pendapat orang lain...sedangkan hanya kamu  dan diri kamu saja yang tahu...perlukah kamu mendengar pandangan itu atau memilih membuat keputusan sendiri...semuanya hanya kamu seorang yang mampu untuk membuat keputusan...orang hanya mampu berkata-kata tetapi yang melalui dan mengalaminya hanya kamu..sesunguhnya sesuatu yang terjadi mesti ada sebab dan akibatnya...terpulang kepada kamu untuk menilai...nilai la sesuatu itu dari sudut hati dan bukan luarannya sahaja...

Friday, 7 July 2017

Ole2

Alkisah ade sorang mamat ni blk kg raya jadi dia pon blk dan janji dengan semua kawan dia nk beli ole-ole..pada masa dia kembali ke sini kawan dia tu cuti...nk dijadikan cerita pada detik pagi kawan dia menerima panggilan dari si mamat ni untuk meminta ole2 yg dibelinya diberikan kepada kekasih hati...maka tatkala itu juga menitik air mata si kawan tersebut...hati si kawan itu telah kecewa dan remuk rendam...pada saat itu si kawan itu sangat2 sakit hati dan tidak mampu untuk mencerna perasaan hatinya...maka si kawan tersebut telah memblok dan menyekat kesemua sosial medianya dari si mamat itu...rasa sakit itu sangat mendalam sehingga telah banyak kali menitiskan air mata ketika mengenangkan perbuataan mamat tersebut...walaupon mamat tersebut telah menghubungi mengatakan bahawa dia telah terbeli lebih maka ada lg ole2 tersebut...namun rasa sakit itu tidak mampu untuk diubati...sehingga rasa menyampah dan benci mula timbul....rasa ingin melupakan dan tidak ingin melihat wajah mamat itu lagi...namun mungkin hatinya si kawan yg lembut dan ingin memaafkan telah cuba untuk mengikhlaskan dirinya untuk redha...dan tatkala ketika si mamat dan si kawan berjumpa...entah mengapa tidak ada rasa apa lagi yg tinggal...rasa biasa saja.....tetapi si kawan merasakan bahawa si mamat perlu tahu keadaan ini supaya si mamat sedar dan jangan mengulangi kesilapan yg sama...jangan biarkan orang lain merasakan apa yang dirasakan oleh si kawan ini...kerana pedihnya tidak mampu dirasai oleh orang lain kecuali dirinya...moga ia berguna pada masa hadapan...

Sunday, 2 July 2017

Sakit hati

Ya allah...
Rasa sgt2 sakit hati...
Aku x mamapu utk memaafkan dan melupakan...
Apa yg patut aku lakukan....
Rasa yg amat menyakitkan...
Rasa x mampu untk melihat dia...
Rasa x mampu untuk teruskannya...
Bagaimana aku harus meneruskan hidup ini...

Saturday, 1 July 2017

Memahami

Kadang kadang bukan hati kita untuk memahami sesuatu perkara...
Tetapi kita dipaksa untuk memahami bahawa benda itu bukan milik kita....
Memahami bahawa ia bukan rezeki kita...
Memahami bahawa kita bukan lah orang yang penting...
Memahami bahawa kita seorang terpaksa untuk melepaskan perkara itu...
Memahami bahawa ada lagi orang yang lagi penting daripada kita...
Memahami bahawa andai kita tidak mendapatkannya tidak mengapa...
Memahami bahawa barangan itu boleh diberikan kepada orang lain...
Memahami bahawa kita harus pasrah bahawa keutamaan dia lebih penting dari kita...
Memahami bahawa kita sentiasa menerima apa sahaja yang berlaku sedangkan hakikatnya....
Kita TERPAKSA untuk memahami..

Thursday, 18 May 2017

Perpisahan

Andai perpisahan itu yg terbaik
Akak doakan ko berbahagia dengannya..
Sesungguhnya akak x mampu untuk menghalang ko pergi...
Ini yg ko inginkan saat ko muncul di sisi akak...
Ko merupakan seseorang yang mampu akak buka hati...
Untuk rasa macam perasaan dengan ko...
Macam2 yang berlaku pada kita akan menjadi kenangan...
Kadang2 akak tak pernah faham jiwa dan hati ko...
Tetapi semakin lama kita berkenalan...
Ko seorang adik dan lelaki yang baik pada pandangan akak...
Walau apa yang ko katakan dan buat...
Cerita2 ko yang akan dengar...
Tetapi akak mengetahui di sudut hati ko ada sesuatu yang buat akak sayang kat ko...
Keletah dan perangai ko...
Sikap ko dan tingkah laku ko...
Selalu berlagak...
Poyo pulak tu...
Perasan bagus...
Tetapi sikap ko betul...
Sebab apa pon ko sentiasa serius dengan apa yang ko lakukan...
Akak harap ko sentiasa happy dan seronok dengan apa pon pilihan yang ko pilih...
Semoga perpisahan ini akan menjadi kenangan yang indah...
Sesiapa pon akan bertuah mengenali dan memahami ko...
Akak relakan ko pergi untuk mengecap bahagia yang ko cari...
Semoga ko temui kebahagian itu di sana nanti...
Ko hanya akan menjadi ingatan akak...
Kenangan sahaja...
Kerana untuk bertemu lagi bagi akak...
Agak sulit untuk dilakukan...
Bebas la ko di sana...

Tuesday, 2 May 2017

Honest

Be honest with me....
When i ask something...
Just tell the truth...
If not...
Dont bother if i search...
All everything about you...
Dont make me curious about something....
If not....
You dont know what i can do...
To get the information...
I dont know if i can keep a secret...
But dont secret with me...
I naturally will find out...
I afraid i will tell more...
If you hide more...

Tuesday, 11 April 2017

Pada kaca mata lelaki

Pelik betul hari ni....
Dari kaca mata lelaki....
Rasa geram bengang pon ade....
Masa ko jatuh cinta kat dia...
X kata pon camtu...
Dah putus baru nak kata x elok...
Hishhh...
Pelik betul la...
Dia x cantik la...
Dia cantik sebab pakai mekap la...
Kalau dia x pakai tudung dgn mekap...
Mesti muka dia bulat...
X lawa...
Hey...
Sape ko nak judge muka dia camne...
Masa ko dah suka x fikir pulak...
Mentang2 ko pernah video call...
Ko blh ckp camtu...
Tolong la matang sikit...
Masa video call je...
X perlu assume mcm tu...
Entah la...
Bila aku makin kenal ko...
Makin nampak sebab2 nya...
X ade manusia yg sempurna k...
Ko x leh la judge camtu...
Mmg la ko selalu kata gurau je...
Ajak main2...
Tp orang terasa k...
Dgn aku ko blh mention camtu...
X tau la....
Ko blh kata camtu psl perempuan yg ko pernah suka kot...
Perempuan yg buat hati ko kecewa...
X tau la sama ada....
Lama kelamaan perangai ko pon aku x faham dah...
Pelik la...
Entah la...
Betul la kata orang...
Kita kenal seseorang tu lama mana pon mesti ada benda yang kita takkan pernah tau...
Tentang peribadi orang tu...

Friday, 7 April 2017

Bergaya

Nak bergaya tidak salah....
Tapi jangan la sampai membuat sesuatu yg buat orang fikir lain...
Kita ni manusia biasa je..
Adakala bab solat ni kita culas
Malas, selalu tinggal...
Tetapi Allah masih jaga aib kita...
Tak semua orang tau dan nampak...
Tapi bila ko dah buat kerja warna rambut...
Agak2 apa pandangan orang kat ko...
Walaupon la ko kata warna rambut tu boleh..
Tetapi still benda tu x boleh kan....
Jangan buat benda yg sia2 semata2 untuk bergaya...
Tidak rasional langsung...
Dengan warnakan rambut ko tu...
Buat lg orang hilang respek dengan ko....
Dah elok2 okay....
Nak wat perangai pulak.....
Jangan jadikan satu gaya pemusnah hidup ko...

Penyakit hati...

Ya allah...
Jauhkanlah aku dari penyakit hati....
Kesalahannya tidak seberapa tetapi hatiku....
Rasa sakit sangat....
Bengang...
Geram....
Sakit hati...
Marah yg meluap-luap...
Sdgkan salahnya hanya sedikit...
Rasa yang aku sendiri tidak mengerti....
Malas dan moody....
Nasib saja boleh ditahan-tahan...
Dengan mengelak dengan dia....
Tapi cara itu telah melukai....
Walaupon aku sedar perkara tersebut....
Daripada aku meluahkannya di depan mata....
Baikku meluahkannya di pokok....
Namun rasa bersalah itu selalu ada....
Kerana menyakitinya...

Tuesday, 4 April 2017

Keletah adkku

Seronok bila tetiba dpt adk baru...
Rasa seronok tp ye la...
Perangai aku pon berubah...
Selesa dgn adk2 ni...
X terbatas sikap dan perangai aku....
Mula keluar perangai membebel macam mak nenek...
Selalu marah2....
Nasib baik la mereka tahan dengan perangai aku...
Bila slh sorang off day...
Ade gak rasa sunyi...
Yela ade adk2 ni kecoh la kjp...
X tau smpi bila mereka akan still di sini....
Nama pon adk2...
Mesti ada cita2 punya...
Tmbh2 nk sambung belajar lg...
Tp kan jodoh itu kita x tau...
Entah2 aku yg akan berpindah ke...
Mana tau jln yg akan aku tuju...
Entah la....
Rasa seronok kenal dgn budak2 ni...
Melengkapi hari2 yang sunyi...
Pengubat rindu kata orang...

Sekilas pandang

Aku dengan dia x pernah okay
Aku selalu x selesa dengan dia...
Makan hati gak dengan dia...
X tau knp x blh ngam dgn dia...
Ade je x kena...
Kadang2 aku stress kenapa aku blh tension dgn dia...
Aku x pernah positif dgn apa yg dia ckp...
Tp dari segi lain...
Suka cara dia...
Dia layan dan manjakan adk2 dia...
Dia mengusik, main merajuk2 dgn adk2 dia...
Dan dia mmg lelaki yg sweet la pd pdgn aku...
Apa je adk dia minta mesti cuba dia tunaikan...
Macam budak2...
Komen nk diet bagai la...
Buah byk gula la...
Tp selalu beli stok coklat dgn gula2...
Dia selalu mengalah la....
Tp bila dgn aku...
Rasa annoying gila...
Walaupun ape yg diucapkan hanya gurauan kot pd dia...
Tp blh mkn hati kot...
Rasa cam perli padat je...
Entah la....
Kenangan dgn dia x byk kot...
Sbb mgkn aku rasa x blh fit in dgn dia...

Monday, 3 April 2017

Sedetik

Sometime sedetik mampu untuk buat kita berfikir...
Byknya dosa aku dgn manusia...
Dia biasa saje...
Tp dia mampu membuatkan aku tersenyum melihat telatah dan gelagatnya...
Macam adik sendiri...
Bila kita selesa dgn seseorg...
Kita mula lupa batas pergaulan..
Cara percakapan kita...
Tutur kata...
Yg mgkn pd kita x bermaksud apa2...
Tp hati org kita x pernah tau...
Main cubit2 walaupon berlapik tp still salah kan...
Ucapkan kata2 yg tanpa kita sedar blh buat org kecik hati...
Membebel x tentu pasal...
Merungut kat dia....
Walaupon kita minta maaf tp maaf tu x kan berkesan klo diulangi selalu..
Iye....sepatutnya aku sedar...
Dia semestinya blh hidup dan survive tanpaku...
Kerana dia mampu...
Sebenarnya tanpa dia...
Aku x mampu melakukannya...
Hanya keyakinan yg membantu selama ini...
Dengan aku termakan hasutan orang...
Fikiran yg cemburu dan x jelas...
Membuat aku mula riak dan lupa diri...
Bahawa dia yang memerlukan aku...
Sedangkan dia mampu melakukannya sendiri...
Dia yang sabar dengan kerenah dan usikan ku...
Aku yg selalu meragui kejujurannya...
Sesungguhnya aku patut malu kerana menilai orang...
Sedangkan diri aku x pernah sempurna...
Sesunguhnya tetapkan lah hati aku drpd sifat lupa diri dan riak ni...
Berikan aku kekuatan untuk menjauhi perkara2 yg telah aku lakukan berulang kali...
Sesungguhnya aku khilaf dlm menilai kebaikan orang lain...
Aku sendiri banyak kekurangan...
Yang perlu aku pelajari dan amalkan...

Thursday, 23 March 2017

Nilai diri

Sebenarnya aku ni tiada nilai pon di mata orang....
Aku ade ke x de ke...
X de beza pon....
Kadang2 aku ni je....
Yang menjemputkan diri...
Untuk join korang....
Rasanya hati ni cam banyak kali...
Terluka dan terasa....
Aku ni mmg x de makna...
Dlm hidup korang...
Tp sepatutnya aku mmg...
Patut sedar diri...
Siapa aku...
Untuk korang sayang dan hargai...
Aku bukan siapa2...
Aku wujud atau tidak...

Tiada makna pon...
Aku hanya untuk mencukupkan orang...
Lagipon korang ajak sebagai...
Satu tunjuk hormat korang kat aku...
Cam orang kata....
Ajak2 ayam....

Sepatutnya aku sedar semua itu...
Pengalaman banyak memgajarku...
Namun aku tewas juga...
Dengan permainan sendiri....

Bukan salah mereka...
Salah sendiri...
Sedarlah wahai diri....
Ko hanya perlu sayang diri sendiri...
Tiada siapa akan sayang ko...
Jangsn terlampau sayangkan mereka...
Kerana kelak yg merana...
Adalah dirimu sendiri....
Sesungguhnya hati...
Bertabah la..
Untuk menjalani hari2 tua mu..
Sendiri...

Sunday, 19 February 2017

Seronok dlm kerja

Kadang2 manusia ni pelik....
Entah la...
X de rasa seronok dgn apa yg kita buat...
Dulu kerja ni ade gak rasa seronoknya....
Tetapi sekarang rasa smooth je...
Rasa bosan tu dah mula wujud...
Rasa hilang kuasa...
Rasa x mampu buat apa2...
Rasa dah tua...
Rasa macam tidak diperlukan...
Rasa macam terpinggir...
Life ni macam bosan...
Bosan sangat....
Cabaran tu dah x de...
Thrill dlm kehidupan...
Rasa senang sangat....
X de yang mencabar...
Pelik la rasa nie....
Cam nk berhenti je...
Cari kerja lain ke???
Entah la....
Hati macam x de kat sini...
Suasana okay...
Tempat okay...
Kawan pon okay...
Drama pon banyak...
Tetapi entah la....
Rasa lost sangat...
Jiwa cam hilang...
X de benda yang menarik...

Friday, 20 January 2017

Adakah masa untuk Give up

Mulut orang senang je cakap...
'Bila ko nak belajar wat order'
Tapi klo x de org nk ajar...
Cmne nk wat...
Lgpon dh ada dua orang yg wat order...
Pastu x kan nk msk campur jgk..
Nnti org akan cakap
'Alasan ko je...klo nk mesti blh'
Entah la mungkin alasan kot...
Tp tanpa cikgu cmne kita nk belajar...
Penat la dengar org kata...
'Ko tu mt kena wat order klo x mkn gaji buta la'
Hbz dh ade yg wat order kan..
Entah la....
Apa kata give up jer kerja ni..
Tetapi nk kerja apa pulak pasni....
Dh penat2 harung suka duka kerja ni...
Nk give up pulak...
Entah la tp cm x de soul dah...
Bila org keliling kata mcm2...
Tp mgkn sikap dan perangai kita kot...
Patutkah kita give up atau teruskan jugak....
Dgn kata2 dan pandangan serong orang...
Entah la...
Penat klo hidup bkn utk kita tp demi org lain...

Monday, 16 January 2017

Tipu

Menipu kalau sekali dua x pe....
Tetapi jangan sampai berkali-kali...
Sebab bila ko dah bercakap benar pon
Jangan sesekali berharap orang akan percaya...
Percaya itu hanya sekali...
Kalau ko dah pecahkan kepercayaan itu...
Tiada kali ketiga lagi...
Sesungguhnya kata-katamu hanya akan jadi omongan kosong...