Thursday, 10 August 2017

Disebabkan sesuatu

Jangan sebab orang kata kita kurang ajar
Jadi kita pon nak jadi kurang ajar
Mmg kata2 itu satu doa tapi
Jangan jadikan itu satu alasan untuk kita buat apa yg orang kata
Sepatutnya bila orang bagi nasihat
Kita terima dan selidik dulu
Betul ke perangai kita mcm tu
Kalau nasihat tu betul
Cubala untuk berubah
Jangan kerana itu kita bermusuh dgn orang
Sampai bila kita nak jadikan benda itu sebagai dendam
Ikhlaskan hati kita untuk terima baik buruk diri kita dan orang...
Jangan menilai sesuatu dari pandangan mata kita
Nilaikan sesuatu dari pandangan yang berbeza...
Manusia ini pelbagai ragam dan perangai...
Maka sentiasa cuba untuk bertolak ansur antara satu sama lain...

Sunday, 6 August 2017

Takut

Kadangkala aku takut...
Apabila melihat dia
Di usia muda harus mengalami cubaan dan dugaan ini...
Aku takut dia tidak dapat membezakan yang buruk dan baik...
Aku takut dia akan mulai sesat dan terpengaruh dgn kata2 org lain
Aku takut sikap dia yg ingin cepat belajar dan ambil tahu akan memberi masalah kepadanya...
Aku takut dengan sikapnya yg selalu menyampuk dan bercakap sesuka hati akan memakan diri...
Aku takut untuk menasihati dan memarahi kerana aku risau dia hanyut lebih jauh...
Aku takut dia mudah terpedaya dan senang percaya pada orang...
Aku takut dengan sikapnya...
Aku risau aku tidak mampu untuk berkata2...
Dan hanya mampu melihat sahaja...
Apakah tindakan yang harus aku lakukan...
Kerana kadangkala aku takut dengan sikapnya...
Sikapnya yg mula memberontak dan berkata2 yg tidak elok...
Mengeluarkan perkataan yg tidak sepatutnya...
Aku takut sgt....

Friday, 4 August 2017

Mulut dan kata2

Kadang2 kita selalu berkata2
Tanpa sedar ada hati yg terluka
Kadang2 kita selalu inginkan perhatian
Sampai kita terlupa akn kata2 kita membawa ke pergaduhan
Kadang2 kita terlampau mesra dan baik
Sampai kita terlupa batas2 dan had semasa berkawan
Kadang2 kita hanya mahu meluahkan perasaan
Namun ianya disalah ertikan...
Kadang2 kita hanya ingin tempat bermanja
Sampai kita tersedar tiada yang sayang akan kita...
Kadang2 kita usik mengusik dan bergurau senda
Sampai kita terlupa ada orang yang tidak suka...
Hati orang kita tak tahu,
Hati sendiri pon kita tak faham...
Itulah manusia...
Banyak salah faham dan tindakan yang boleh merosakkan nilai persahabatan...
Adat hidup tidak akan terlepas dengan cabaran...

Wednesday, 2 August 2017

Penat

Saya hanya manusia biasa...
Tidak mampu untuk menyokong sesiapa...
Anda punya fikiran sendiri...
Fikirlah baik buruknya...
Apa yang berlaku biarkan berlalu..
Jangan difikirkan dan membuat andaian yang pelbagai..
Lelah dan penat menghadapi kerenah dunia ini..
Tidak mampu untuk bertahan...
Pasti akan rebah di persimpangan...