Sunday, 31 March 2013

Yang pergi

sesungguhnya ko yang maha berkuasa...
hidup ini hanya pinjaman semata2...
apabila tiba masanya kita akan kembali...
kembali kepada yang Maha Esa...
yang pergi tetap pergi maka tabahkan hati...
untuk terus menghadapi hidup ini...
kerana masa kita tiada siapa yang pasti...
sedekahkanlah Al-fatihah kepada yang pergi...
dan tabahkan hati untuk terus hidup...
ini adalah dugaan untuk kita...
Amin....

Saturday, 30 March 2013

ingatan

tatkala aku mula membaca kembali apa yang ku tulis...
seperti diari keadaanya...
tapi tidak mengapa kerana itu mencerminkan diriku...
mungkin ada yang mengatakan aku hipokrit...
kenapa tidak meluahkan saja...
tetapi aku manusia yang malu....
manusia yang tidak mahu orang terasa...
manusia yang tidak pandai meluahkan rasa...
kerana itu aku memang hipokrit...
dalam menilai rasa hati diri sendiri...
setelah 2 athun menulis...
baru kutahu bahawa diri ini banyak...
masalah...
perangai...
luahan hati...

ini menunjukkan bahawa aku sebenarnya tidak puas...
dengan apa yang aku kecapi sekarang...
atau memang fitrah manusia mempunyai pelbagai perasaan..
tapi itu adalah aku...
diri aku sendiri...
hati aku sendiri...
jiwa aku sendiri...
dan hidup aku sendiri...

aku yang akan mencorakkan apa yang akan kulakukan...
pada masa hadapan...
semua keputusan terletak di tanganku...
semoga aku berjaya menempuhi masa2 mendatang...

salah faham/ misscomunication

salah faham atau masalah komunikasi...
akan membuatkan orang lain terasa...
tanpa kita sedar...
setiap program yang dilakukan perlu untuk pengetahuan...
jika tidak ketidakpuasan akan berlaku...

semua mula mempersoalkannya...
cakap2 belakang mula kedengaran...
ketidakpuasan timbul dalam hati...
masing2 rasa diri mereka betul...
sedangkan semua yang bersalah...
sebab komunikasi yang berlaku tidak jelas...

memang niat manusia itu baik...
tapi kadang kala niat itu disalah anggap...

Friday, 29 March 2013

rancangan

kadangkala rasa sensitif tetap ada...
tambahan mula meningkat dewasa..
rancangan sudah diatur...
belanjawan telah dibuat...
tetapi jika tidak jadi...
ia bukan di tangan kita...
tetapi maklumkan lah pada pengetahuan semua...
jangan la membiarkan orang itu tanpa pengetahuannya...
betapa kecil hatinya manusia itu tatkala...
bertanya sama ada jadi atau tidak esok...
baru diketahui bahawa tidak jadi...
jika itu rancangan kita bersama...
jadi sepatutnya pastikan semua tahu...
ini hanya selepas ditanya baru beritahu...
mungkin jika tahu awal...
maka rancangan lain boleh diatur....

Friday, 22 March 2013

perasaan


Kadangkala manusia mengetahui kesilapannya
Tapi sukar untuknya meminta maaf…
Bukan kerana malu…
Tetapi tidak tahu bagaimana nk memulakan ayat….

Dengan membiarkan masa berlalu…
Mungkin akan melupakan perkara itu…
Namun ia telah menimbulkan kekekkon dalam persahabatan….
Perasaan bersalah dan terasa membuatkan kita mula tidak senang
Antara satu sama lain….

Tambahan pula kesibukan dengan tugasan dan ujian…
Membuatkan kita saling tidak berinteraksi…
Mungkin masa yang akan menentukan perhubungan ini….

Wednesday, 20 March 2013

gurauan

manusia selalu bergurau tetapi terlupa batas2 dlm bergurau....
kadangkala gurauan yg kita lontarkan akn memberi kesan kepada orang lain....
oleh itu kita sebagai manusia haruslah sedar bahawa....
gurauan kadang kala boleh menyakitkan hati orang lain....
maka pandai2 la menjaga jarak dalam bergurau...

kenangan

dh lama kan x post pape...
rindu pulak...
sebagaimana rindu pada teman2 lama...
mgu nie byk mlbtkan teman2 lama...
macam rindu dengan mereka...
mereka pon start message, tanya khabar kat facebook...
dan yg latest one bila lalu tempat 2,
teringat kenangan2 bersama mereka...
3 tahun bersama....
how sweet the life is....